Syarat-syarat promosi

Promosi “FBS2020” ia peraduan sempena Tahun Baru yang dianjurkan oleh FBS Inc.  
Tarikh promosi: 9 Disember - 7 Januari

 

Syarat-syarat Am:

Ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memainkan peranan penting di dalam hidup anda pada tahun 2019 dan terima hadiah dari FBS.

  1. Sebelum anda mulakan, lihat kad-kad "Terima Kasih" dari FBS, atau tekan "Langkau" untuk pergi ke peraduan. Untuk menyertai peraduan, lawati laman web promosi dan tatal (scroll) laman tersebut atau tekan sahaja butang "Sertai peraduan".
  2. Pilih templat untuk siaran Facebook. Ia akan dipinkan ke ucapan Terima Kasih anda di Facebook dengan pautan ke laman pendaratan (landing page). 
  3. Tekan "Kongsi" dan log masuk menggunakan akaun Facebook anda.
  4. Tuliskan satu siaran (post) di mana anda mengucapkan terima kasih kepada seseorang atau orang-orang tertentu yang telah memainkan peranan penting di dalam hidup anda pada tahun 2019. Ia mungkin rakan-rakan anda, pasangan, ahli keluarga, guru-guru, rakan sekerja – sesiapa sahaja yang telah membantu atau menginspirasikan anda pada tahun ini. Di dalam mesej anda, nyatakan siapakah mereka ini kepada anda dan mengapa anda rasa berterima kasih kepada mereka, dan jangan lupa untuk gunakan hashtag #FBS2020.
  5. Salin pautan ke siaran anda dan tempelkannya di kotak yang disediakan. Panduan cara-cara menyalin pautan ke siaran Facebook dipaparkan di bawah kotak pautan.
  6.  Setelah proses ini dilengkapkan, peserta ditambah secara automatik ke senarai calon. Pemenang akan dipilih oleh juri FBS pada 10 Januari.  
  7. Hadiah utama ialah satu dari 15 kotak hadiah FBS. Setiap kotak mengandungi buku nota berjenama, coklat, pen, beg, pembesar suara pasu bunga wayarles, dan satu teddy bear bertuah.